Saturday 21 May 2011

Terapi seni visual

LATAR BELAKANG TERAPI SENI

Walaupun kita masih baru di dalam terapi seni sebagai instrumen pemantapan emosi dan sahsiah, tetapi, negara-negara Barat seperti Kanada, Amerika Syarikat, Great Britain dan lain lain lagi telah mengiktiraf dan kini menjadi suatu bidang yang dipelajari di sekolah, kolej dan universiti universiti. Permintaannya tinggi dan diiktiraf menjadi karier kategori profesional.

Sejarah terapi seni ini bermula pada akhir tahun 40an apabila pakar psikaitris dan psikoanalis di hospital di Great Britain sejak bertahun lagi telah menggunakan lukisan dan catan sebagai proses terapi. Ini menjadikan lukisan dan catan suatu sumbangan yang amat berharga kepada proses terapi. Di antara 1940an dan 60an, Ramai pelukis dan guru lukisan berminat menawarkan diri berkhidmat di hospital dan klinik yang kemudiannya dilantik sebagai penasihat psikaitris atau penguasa perubatan. Mereka ini mempunyai kepakaran nilai terapeutik terhadap seni dalam perubatan, sehingga itu, kepakaran mereka diiktiraf dan diserapkan ke jawatan tetap. Sehinggalah June 1980 di hospital hospital dan pada 1990, National Joint Service for Social services hanya mengiktiraf Siswazah menjawat perkhidmatan Terapi seni. Maka semakin berkembanglah karier mulia ini sehingga hari ini.

Victor Lowenfeld seorang pengkaji seni dalam bukunya ‘Teori Perkembangan Kanak-kanak’ menulis tentang terapi seni ini di mana kecenderungan seorang kanak-kanak yang melukis figura ibunya lebih besar dari ayahnya, mempunyai maksud yang tersirat. Gambaran sebenarnya memperlihatkan kasih sayang kanak-kanak itu lebih pada ibunya, sebab itu figura ibunya diberi penekanan sebegitu rupa.

Victor Lowen Seld mengkaji beribu ribu lukisan yang memberi pengertian yang tersurat dan tersirat. Penyelidikan ini menolong ahli ahli bidang psikologi mengakui kepentingan terapi seni dalam merawat kesan psikologi terhadap pelajar-pelajar.

Michael Samuel M. D. Dalam bukunya ‘Art as a Healing Force’ pula, sentiasa menekankan kepentingan seni menolong sesama manusia untuk menambahkan atau menyembuhkan keintelektualan dan emosi yang stabil. Menurut beliau, Seni visual merupakan kuasa luar biasa yang menakjubkan dan bisa menyembuhkan dan menjadi pemangkin sahsiah manusia.



MATLAMAT TERAPI SENI

Melalui ekspresi seni pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan dalaman dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam pencarian resolusi. Penghasilan seni yang terbatas dan pelajar yang kekurangan ini mendapat nafas baru dalam memartabatkan lagi dunia seni melalui rekabentuk “seni luar”. ( Judith Peck )

Menurut Frostig & Essix ( 1998 ) Siapa yang bertanggungjawab dari Art atau ekspresif Therapist dalam setting sekolah adalah untuk membantu pelajar mengekspresikan konflik dalaman mereka, sementara membina kemampuan mereka untuk melaksanakan perubahan.

PENGERTIAN TERAPI SENI VISUAL


Seni membawa maksud yang terlalu global kerana setiap individu menjalankan kehidupan dengan pengalaman seni yang tersendiri dan berbeza. Seni visual ialah hasil karya seseorang individu dengan menggunakan pelbagai teknik dalam seni. misalnya, teknik melukis, mewarna, menampal, dan mencantum dalam bentuk sama ada satu, dua atau tiga matra. oleh itu terapi seni visual boleh didefinisikan  sebagai satu kaedah rawatan yang menggunakan media seni, imej, proses kreativiti seni dan tindak balas individu untuk menghasilkan produk.
Tokoh profesional dalam terapi seni iaitu Waller dan Gilroy, 1992 mengatakan terapi seni suatu bentuk terapi di mana pembuatan citra visual di hadapan seorang terapis seni berkualiti memberikan sumbangan terhadap eksternalisasi fikiran dan perasaan yang dinyatakan akan tetap terpendam. Gambar mungkin mempunyai diagnostik serta fungsi terapeutik pada bahawa mereka menyediakan pesakit dan terapis dengan rekod terlihat sesi dan memberikan penunjuk untuk rawatan lebih lanjut.
Terapi seni itu sendiri sebenarnya bermaksud sebagai1 kaedah rawatan yang menggunakan media sevi tampak sebagai alatan rawatannya.

KEPENTINGAN TERAPI SENI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Antara kepentingan terapi seni dalam pendidikan khas terutama bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran ialah: 
       1. Meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alam sekitar 
       2. Meluahkan perasaan 
       3. Menikmati keseronokan dalam menjalankan aktiviti 
       4. Menguatkan daya imaginasi
       5. Menguatkan motor kasar dan motor halus 
       6. Memperkembangkan bakat yang sedia ada
       7. Menghayati nilai seni 


Terapi seni ini sememangnya memberi banyak faedah kepada murid-murid bermasalah pembelajaran. Meskipun kita lihat terapi seni memberi banyak manfaat kepada insan khas, tetapi dalam pelaksanaan aktiviti seni bukanlah mudah seperti apa yang kita jangkakan. Semasa melakukan aktiviti seni, kita perlu bersedia membimbing kanak-kanak khas. Hal ini kerana, kita akan berhadapan dengan banyak masalah sewaktu melakukan aktiviti seni. Antara masalah yang bakal kita hadapi ialah:
        1. Masalah pengamatan murid-murid khas
        2. Masalah koordinasi motor kasar dan motor halus
        3. Masalah komunikasi
        4. Masalah sosialisasi
        5. Masalah imaginasi 
        6. Masalah pemahaman konsep

No comments:

Post a Comment