Sunday 22 May 2011

TERAPI HIDRO

PENGENALAN
Terapi hidro di lihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan halus serta mental murid dapat diransang secara serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja.
Air yang menjadi tonggak utama kehidupan mempunyai banyak manfaat lain termasuklah dalam bidang perubatan. Beribu tahun dahulu secara tradisionalnya, air digunakan untuk merawat dan mengurangkan penderitaan pesakit artritis dan kaedah ini dikenali sebagai terapi hidro atau dipangila juga balneoterapi.

DEFINISI
Terapi hidro bermakna menggunakan air(pepejal, cecair dan ais) untuk kembalikan tenaga, mengekal dan menjaga kesihatan. jenis terapi hidro yang sering kita gunakan ialah sauna, mandi wap, mandi sitz, air suam, gunakan pek panas atau sejuk. Imbangan dalam air bukanlah masalah utama. oleh itu banyak pergerakan dapat dilakukan dan daya penumpuan individu dapat dipertingkatkan dan masalah tingkah laku juga dapat dibendung. Hal ini kerana ransangan air semula jadi.

SEJARAH
Berdasarkan sejarah, air dipelopori oleh Paderi Bavaria Jerman, Sebastian Kneipp pada awal abad ke-19 yang menghidap penyakit batuk kering. Dia percaya banyak penyakit boleh disembuhkan oleh air kerana air boleh menyingkirkan toksik dan bahan kumuh dalam badan. Ketika sakit, dia membaca buku mengenai terapi hidro karya seorang pakar perubatan mengatakan bahawa penyakitnya boleh dirawat jika dia berendam 2-3 kali seminggu di sungai Danube yang sejuk untuk meransang sistem imun. Terbukti selepas melakukannya, kesihatan Kneipp bertambah baik dan dari situ dia mula meneroka lebih dalam lagi tentang terapi air dan memperkenalkan kaedahnya sendiri.
Sebenarnya sejarah rawatan menggunakan air bermula 4500 tahun sebelum Masihi berdasarkan penemuan runtuhan tab mandi kuno d Pakistan. Malakala rumah mandi awam dikatakan menjadi antara unsur penting dalam budaya Rom kuno. Malah pakar perubatan Rom, Galen dan Celsus menulis majalah menyarankan amalan mandian sejuk dan suam bagi mencegah penyakit. Rumah mandi awam mula popular di seluruh Eropah pada kurun ke-17 dan 18 dan menjadi ikutan di Amerika pada pertengahan tahun 1700-an. Penggunaan air bagi tujuan perubatan juga tercatat dalam sejarah Cina, Jepun, India, Yunani dan Timur Tengah. Terapi air terus berkembang di seluruh pelosok dunia dan digunakan sebagai satu rawatan alternatif bagi menyembuhakan pelbagai jenis penyakit.

KEPENTINGAN TERAPI AIR
Antara kepentingan air yang kita perlu tahu ialah:
       1. Simulasi untuk menguatkan otot-otot murid yang mengalami ketidakupayaan fizikal.
       2. Meningkatkan keyakinan mereka terhadap air
       3. Medan untuk belajar berkomunikasi
       4. Perkembangan fizikal dan koordinasi pergerakan motor kasar dan motor halus serta mental.
       5. Membantu murid untuk tenang berhadapan dengan air. Kawalan diri dan emosi.
       6. Membina keyakinan diri murid-murid
       7. Meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka

PERANAN GURU SEMASA MENJALANKAN TERAPI HIDRO
Guru penting dalam memastikan terapi air berjalan dengan lancar. guru juga perlu memastikan semuanya berada dalam keadaan selamat semasa melaksanakan terapi hidro. banyak peranan guru dalam menjalankan terapi hidro ini termasuklah:
      1. Menjadi pembimbing. (guru membimbing murid semasa terapi air sedang dijalankan. Guru memastikan semua pelajar boleh bergerak dengan baik dan betul dengan bantuan guru)
      2. Menjadi pemantau. (Guru memastikan lokasi aktiviti terapi selamat dan memastikan murid semuanya berada dalam kawasan yang hanya dibenarkan untuk aktiviti terapi air sahaja.)
      3 Sebagai pemberi motivasi. (Guru memberi semangat dan sokongan kepada murid-murid yang melakukan terapi air. Diingatkan supaya guru tidak menakutkan murid tentang air. hal ini boleh membuatkan murid trauma kepada air)
      4. Guru memastikan keselamatan anak murid terjamin. (sediakan alat untuk murid seperti pelampung)

No comments:

Post a Comment