Saturday 21 May 2011

TERAPI FISIO

DEFINISI TERAPI FISIO

Kamus perubatan Mosby menyatakan bahawa terapi fisio atau terapi fizikal ialah rawatan ke atas ketidakupayaan pada seseorang individu dengan menggunakan agen-agen fizikal dan pelbagai kaedah yang sesuai dengan pengertian fizikal. Misalnya, mengurut, manipulasi, latihan teraputik, penyejukan dan pemanasan(termasuk penggunaan gelombang pendek, gelombang mikro dan 'ultrasonic diathermy'), terapi hiro, ransangan menggunakan elektrik dan menggunakan cahaya.
Kepelbagaian kaedah ini adalah sebagai satu cara memulihkan pesakit dan mengekalkan fungsi normal selepas mengalami sesuatu kecederaan atau penyakit.

AKTIVITI TERAPI FISIO
Aktiviti terapi fisio perlu dilakukan oleh ahli fisio yang berkemahiran sahaja dan hanya boleh diperolehi di pusat-pusat perubatan sahaja.  Aktiviti terapi fizikal yang dilaksanakan adalah bergantung kepada permasalahan psikomotor yang berbeza pada seseorang individu. Namun begitu, sebagai seorang guru juga perlu mempnyai kemahiran untuk melaksanakan terapi fizikal yang mudah dan bersesuaian dengan murid bermasalah pembelajaran di sekolah.

Contoh- Contoh Latihan AKtiviti Terapi Fizikal:
A) Latihan yang berpusatkan psikomotor halus:
       1. Meramas
       2. Merenyuk
       3. Mencubit
       4. Menguli
       5. Mengoyak
       6. Menggentel
       7. Menggunting
       8. Memotong
       9. Mencabut
      10. Menggenggam
      11. Menggaru
      12. Memicit

B) Latihan Yang Berpusatkan Psikomotor Kasar:
       1. Melambung
       2. Membaling
       3. Menyambut
       4. Menolak
       5. Menarik
       6. Melompat
       7. Menendang
       8. Memukul
       9. Berlari
      10. Berjalan

C) Latihan Imbangan:
       1. Berdiri di atas kerusi / bongkah kecil
       2. Berjalan di atas tali yang diletak di atas lantai/ tanah
       3. Membawa buku di atas kepala
       4. Membawa bola ping pong dengan menggunakan sudu
       5. Berdiri dengan sebelah kaki

D) Latihan koordinasi:
       1. Melambung dan menyambut bola berbagai saiz
       2. Memasukkan jarum ke dalam lubang manik

KEPENTINGAN TERAPI FISIO
Berikut merupakan kepentingan terapi fizikal dalam pendidikan khas:
      1. Meransang kepada pertuturan kanak-kanak khas
      2. Meningkatkan keupayaan berkomunikasi
      3. Meningkatkan keyakinan diri
      4. Meningkatkan keupayaan psikomotor kasar dan halus
      5. Peningkatan kepada keupayaan koordinasi mata dan tangan
      6. mengalakkan sosialisasi antara kanak-kanak.

No comments:

Post a Comment