Sunday 22 May 2011

TERAPI HIDRO

PENGENALAN
Terapi hidro di lihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan halus serta mental murid dapat diransang secara serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja.
Air yang menjadi tonggak utama kehidupan mempunyai banyak manfaat lain termasuklah dalam bidang perubatan. Beribu tahun dahulu secara tradisionalnya, air digunakan untuk merawat dan mengurangkan penderitaan pesakit artritis dan kaedah ini dikenali sebagai terapi hidro atau dipangila juga balneoterapi.

DEFINISI
Terapi hidro bermakna menggunakan air(pepejal, cecair dan ais) untuk kembalikan tenaga, mengekal dan menjaga kesihatan. jenis terapi hidro yang sering kita gunakan ialah sauna, mandi wap, mandi sitz, air suam, gunakan pek panas atau sejuk. Imbangan dalam air bukanlah masalah utama. oleh itu banyak pergerakan dapat dilakukan dan daya penumpuan individu dapat dipertingkatkan dan masalah tingkah laku juga dapat dibendung. Hal ini kerana ransangan air semula jadi.

SEJARAH
Berdasarkan sejarah, air dipelopori oleh Paderi Bavaria Jerman, Sebastian Kneipp pada awal abad ke-19 yang menghidap penyakit batuk kering. Dia percaya banyak penyakit boleh disembuhkan oleh air kerana air boleh menyingkirkan toksik dan bahan kumuh dalam badan. Ketika sakit, dia membaca buku mengenai terapi hidro karya seorang pakar perubatan mengatakan bahawa penyakitnya boleh dirawat jika dia berendam 2-3 kali seminggu di sungai Danube yang sejuk untuk meransang sistem imun. Terbukti selepas melakukannya, kesihatan Kneipp bertambah baik dan dari situ dia mula meneroka lebih dalam lagi tentang terapi air dan memperkenalkan kaedahnya sendiri.
Sebenarnya sejarah rawatan menggunakan air bermula 4500 tahun sebelum Masihi berdasarkan penemuan runtuhan tab mandi kuno d Pakistan. Malakala rumah mandi awam dikatakan menjadi antara unsur penting dalam budaya Rom kuno. Malah pakar perubatan Rom, Galen dan Celsus menulis majalah menyarankan amalan mandian sejuk dan suam bagi mencegah penyakit. Rumah mandi awam mula popular di seluruh Eropah pada kurun ke-17 dan 18 dan menjadi ikutan di Amerika pada pertengahan tahun 1700-an. Penggunaan air bagi tujuan perubatan juga tercatat dalam sejarah Cina, Jepun, India, Yunani dan Timur Tengah. Terapi air terus berkembang di seluruh pelosok dunia dan digunakan sebagai satu rawatan alternatif bagi menyembuhakan pelbagai jenis penyakit.

KEPENTINGAN TERAPI AIR
Antara kepentingan air yang kita perlu tahu ialah:
       1. Simulasi untuk menguatkan otot-otot murid yang mengalami ketidakupayaan fizikal.
       2. Meningkatkan keyakinan mereka terhadap air
       3. Medan untuk belajar berkomunikasi
       4. Perkembangan fizikal dan koordinasi pergerakan motor kasar dan motor halus serta mental.
       5. Membantu murid untuk tenang berhadapan dengan air. Kawalan diri dan emosi.
       6. Membina keyakinan diri murid-murid
       7. Meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka

PERANAN GURU SEMASA MENJALANKAN TERAPI HIDRO
Guru penting dalam memastikan terapi air berjalan dengan lancar. guru juga perlu memastikan semuanya berada dalam keadaan selamat semasa melaksanakan terapi hidro. banyak peranan guru dalam menjalankan terapi hidro ini termasuklah:
      1. Menjadi pembimbing. (guru membimbing murid semasa terapi air sedang dijalankan. Guru memastikan semua pelajar boleh bergerak dengan baik dan betul dengan bantuan guru)
      2. Menjadi pemantau. (Guru memastikan lokasi aktiviti terapi selamat dan memastikan murid semuanya berada dalam kawasan yang hanya dibenarkan untuk aktiviti terapi air sahaja.)
      3 Sebagai pemberi motivasi. (Guru memberi semangat dan sokongan kepada murid-murid yang melakukan terapi air. Diingatkan supaya guru tidak menakutkan murid tentang air. hal ini boleh membuatkan murid trauma kepada air)
      4. Guru memastikan keselamatan anak murid terjamin. (sediakan alat untuk murid seperti pelampung)

Saturday 21 May 2011

TERAPI FISIO

DEFINISI TERAPI FISIO

Kamus perubatan Mosby menyatakan bahawa terapi fisio atau terapi fizikal ialah rawatan ke atas ketidakupayaan pada seseorang individu dengan menggunakan agen-agen fizikal dan pelbagai kaedah yang sesuai dengan pengertian fizikal. Misalnya, mengurut, manipulasi, latihan teraputik, penyejukan dan pemanasan(termasuk penggunaan gelombang pendek, gelombang mikro dan 'ultrasonic diathermy'), terapi hiro, ransangan menggunakan elektrik dan menggunakan cahaya.
Kepelbagaian kaedah ini adalah sebagai satu cara memulihkan pesakit dan mengekalkan fungsi normal selepas mengalami sesuatu kecederaan atau penyakit.

AKTIVITI TERAPI FISIO
Aktiviti terapi fisio perlu dilakukan oleh ahli fisio yang berkemahiran sahaja dan hanya boleh diperolehi di pusat-pusat perubatan sahaja.  Aktiviti terapi fizikal yang dilaksanakan adalah bergantung kepada permasalahan psikomotor yang berbeza pada seseorang individu. Namun begitu, sebagai seorang guru juga perlu mempnyai kemahiran untuk melaksanakan terapi fizikal yang mudah dan bersesuaian dengan murid bermasalah pembelajaran di sekolah.

Contoh- Contoh Latihan AKtiviti Terapi Fizikal:
A) Latihan yang berpusatkan psikomotor halus:
       1. Meramas
       2. Merenyuk
       3. Mencubit
       4. Menguli
       5. Mengoyak
       6. Menggentel
       7. Menggunting
       8. Memotong
       9. Mencabut
      10. Menggenggam
      11. Menggaru
      12. Memicit

B) Latihan Yang Berpusatkan Psikomotor Kasar:
       1. Melambung
       2. Membaling
       3. Menyambut
       4. Menolak
       5. Menarik
       6. Melompat
       7. Menendang
       8. Memukul
       9. Berlari
      10. Berjalan

C) Latihan Imbangan:
       1. Berdiri di atas kerusi / bongkah kecil
       2. Berjalan di atas tali yang diletak di atas lantai/ tanah
       3. Membawa buku di atas kepala
       4. Membawa bola ping pong dengan menggunakan sudu
       5. Berdiri dengan sebelah kaki

D) Latihan koordinasi:
       1. Melambung dan menyambut bola berbagai saiz
       2. Memasukkan jarum ke dalam lubang manik

KEPENTINGAN TERAPI FISIO
Berikut merupakan kepentingan terapi fizikal dalam pendidikan khas:
      1. Meransang kepada pertuturan kanak-kanak khas
      2. Meningkatkan keupayaan berkomunikasi
      3. Meningkatkan keyakinan diri
      4. Meningkatkan keupayaan psikomotor kasar dan halus
      5. Peningkatan kepada keupayaan koordinasi mata dan tangan
      6. mengalakkan sosialisasi antara kanak-kanak.

Terapi seni visual

LATAR BELAKANG TERAPI SENI

Walaupun kita masih baru di dalam terapi seni sebagai instrumen pemantapan emosi dan sahsiah, tetapi, negara-negara Barat seperti Kanada, Amerika Syarikat, Great Britain dan lain lain lagi telah mengiktiraf dan kini menjadi suatu bidang yang dipelajari di sekolah, kolej dan universiti universiti. Permintaannya tinggi dan diiktiraf menjadi karier kategori profesional.

Sejarah terapi seni ini bermula pada akhir tahun 40an apabila pakar psikaitris dan psikoanalis di hospital di Great Britain sejak bertahun lagi telah menggunakan lukisan dan catan sebagai proses terapi. Ini menjadikan lukisan dan catan suatu sumbangan yang amat berharga kepada proses terapi. Di antara 1940an dan 60an, Ramai pelukis dan guru lukisan berminat menawarkan diri berkhidmat di hospital dan klinik yang kemudiannya dilantik sebagai penasihat psikaitris atau penguasa perubatan. Mereka ini mempunyai kepakaran nilai terapeutik terhadap seni dalam perubatan, sehingga itu, kepakaran mereka diiktiraf dan diserapkan ke jawatan tetap. Sehinggalah June 1980 di hospital hospital dan pada 1990, National Joint Service for Social services hanya mengiktiraf Siswazah menjawat perkhidmatan Terapi seni. Maka semakin berkembanglah karier mulia ini sehingga hari ini.

Victor Lowenfeld seorang pengkaji seni dalam bukunya ‘Teori Perkembangan Kanak-kanak’ menulis tentang terapi seni ini di mana kecenderungan seorang kanak-kanak yang melukis figura ibunya lebih besar dari ayahnya, mempunyai maksud yang tersirat. Gambaran sebenarnya memperlihatkan kasih sayang kanak-kanak itu lebih pada ibunya, sebab itu figura ibunya diberi penekanan sebegitu rupa.

Victor Lowen Seld mengkaji beribu ribu lukisan yang memberi pengertian yang tersurat dan tersirat. Penyelidikan ini menolong ahli ahli bidang psikologi mengakui kepentingan terapi seni dalam merawat kesan psikologi terhadap pelajar-pelajar.

Michael Samuel M. D. Dalam bukunya ‘Art as a Healing Force’ pula, sentiasa menekankan kepentingan seni menolong sesama manusia untuk menambahkan atau menyembuhkan keintelektualan dan emosi yang stabil. Menurut beliau, Seni visual merupakan kuasa luar biasa yang menakjubkan dan bisa menyembuhkan dan menjadi pemangkin sahsiah manusia.



MATLAMAT TERAPI SENI

Melalui ekspresi seni pelajar dapat memahami cara untuk mendedahkan keperluan dalaman dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam pencarian resolusi. Penghasilan seni yang terbatas dan pelajar yang kekurangan ini mendapat nafas baru dalam memartabatkan lagi dunia seni melalui rekabentuk “seni luar”. ( Judith Peck )

Menurut Frostig & Essix ( 1998 ) Siapa yang bertanggungjawab dari Art atau ekspresif Therapist dalam setting sekolah adalah untuk membantu pelajar mengekspresikan konflik dalaman mereka, sementara membina kemampuan mereka untuk melaksanakan perubahan.

PENGERTIAN TERAPI SENI VISUAL


Seni membawa maksud yang terlalu global kerana setiap individu menjalankan kehidupan dengan pengalaman seni yang tersendiri dan berbeza. Seni visual ialah hasil karya seseorang individu dengan menggunakan pelbagai teknik dalam seni. misalnya, teknik melukis, mewarna, menampal, dan mencantum dalam bentuk sama ada satu, dua atau tiga matra. oleh itu terapi seni visual boleh didefinisikan  sebagai satu kaedah rawatan yang menggunakan media seni, imej, proses kreativiti seni dan tindak balas individu untuk menghasilkan produk.
Tokoh profesional dalam terapi seni iaitu Waller dan Gilroy, 1992 mengatakan terapi seni suatu bentuk terapi di mana pembuatan citra visual di hadapan seorang terapis seni berkualiti memberikan sumbangan terhadap eksternalisasi fikiran dan perasaan yang dinyatakan akan tetap terpendam. Gambar mungkin mempunyai diagnostik serta fungsi terapeutik pada bahawa mereka menyediakan pesakit dan terapis dengan rekod terlihat sesi dan memberikan penunjuk untuk rawatan lebih lanjut.
Terapi seni itu sendiri sebenarnya bermaksud sebagai1 kaedah rawatan yang menggunakan media sevi tampak sebagai alatan rawatannya.

KEPENTINGAN TERAPI SENI DALAM PENDIDIKAN KHAS

Antara kepentingan terapi seni dalam pendidikan khas terutama bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran ialah: 
       1. Meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alam sekitar 
       2. Meluahkan perasaan 
       3. Menikmati keseronokan dalam menjalankan aktiviti 
       4. Menguatkan daya imaginasi
       5. Menguatkan motor kasar dan motor halus 
       6. Memperkembangkan bakat yang sedia ada
       7. Menghayati nilai seni 


Terapi seni ini sememangnya memberi banyak faedah kepada murid-murid bermasalah pembelajaran. Meskipun kita lihat terapi seni memberi banyak manfaat kepada insan khas, tetapi dalam pelaksanaan aktiviti seni bukanlah mudah seperti apa yang kita jangkakan. Semasa melakukan aktiviti seni, kita perlu bersedia membimbing kanak-kanak khas. Hal ini kerana, kita akan berhadapan dengan banyak masalah sewaktu melakukan aktiviti seni. Antara masalah yang bakal kita hadapi ialah:
        1. Masalah pengamatan murid-murid khas
        2. Masalah koordinasi motor kasar dan motor halus
        3. Masalah komunikasi
        4. Masalah sosialisasi
        5. Masalah imaginasi 
        6. Masalah pemahaman konsep

Pembuka Bicara...

hehe.. adui... xm...xm... bilalah nak habis.. hehe.. sy suka belajar.. hahaha.. boleh caya ka?
Persediaan xm kali ni sy buat ulangkaji dan buat blog mengenai apa yang sy tengah belajar. nak tau apa yang saya belajar? okey... jom baca...

DEFINISI TERAPI
seorang tokoh terkenal dalam memberi definisi terapi ini iaitu Mosby(2001). Tokoh ini mengatakan bahawa terapi ialah rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghadapi sebarang penyakit atau mengalami sesuatu kecederaan bertujuan untuk mengembalikan kefungsian badan secara normal.
Dalam konteks pendidikan pula, terapi ialah kaedah membantu seseorang murid untuk bergerak balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran.
Pada pendapat saya sendiri, iaitu kesimpulan saya untuk definisi terapi ini ialah 1 kaedah rawatan kepada seseorang untuk bergerak balas terhadap sesuatu aktivit bagi membantu dalam kefungsian tubuh badan pesakit.

KEPENTINGAN TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS
Banyak kepentingan terapi dalam pendidikan khas terutama bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran. antaranya:
        1. Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor murid pembelajaran khas.
        2. Mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
        3. Melatih murid-murid bermasalah pembelajaran menguasai kemahiran-kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian.
        4. Meransang murid untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran.

JENIS-JENIS TERAPI
Pelbagai jenis terapi yang boleh diaplikasikan dalam pendidikan khas bermasalah pembelajaran:
        1. Terapi fisio
        2. Terapi cara kerja
        3. Terapi pertuturan
        4. Terapi muzik dan nyanyian
        5. Terapi seni visual
        6. Terapi Hidro
        7. Terapi main
        8. Terapi pergerakan kreatif
        9. Terapi alternatif
                  (aroma, herba, ozon, floortime, pasir, haiwan, snoezelen, berkebun)